FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:
‘katakanlah wahai muhammad,sesungguhnya aku dilarang menyembah apa yang disembah oleh kamu selain allah,katakanlah lagi,aku tidak akan menurut hawa nafsumu kerana jika aku menurut hawa nafsumu sesungguhnya sesatlah aku dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat petunjuk’ Surah al a’nam ayat 56
2-ALLAH MENYIFATKAN GOLONGAN MENOLAK AL QURAN ITU SEBAGAI ZALIM….SUDAH PASTI MEREKA TIDAK AKAN BERJAYA DI DALAM KEHIDUPAN MEREKA DI DUNIA DAN AKHIRAT.
FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:
‘dan siapakah lagi yang lebih zalim dari orang-orang yang mengadakan perkara-perkara yang dusta terhadap allah atau yang mendustakan ayat-ayat keterangan nya,sesungguhnya orang-oranmg yang zalim itu tidak akan Berjaya’ Surah al a’nam ayat 21
3-KERANA INGKAR ARAHAN RASUL MAKA MEREKA AKAN DILAKNAT DENGAN BALA YANG MENYEDIHKAN
FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:
‘dan demi sesungguhnya kami telah utuskan rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripada mu lalu mereka mendustakanya maka kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit,supaya mereka berdoa dengan merendah diri(insaf)’ surah al an’am ayat 42
4-MEREKA MENDAKWA MEMILIKI KERAJAAN LANGIT DAN BUMI.KESEMUANYA ITU ADALAH PEMBOHONGAN YANG NYATA.
FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:
‘atau apakah mereka mendakwa mereka mempunyai kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya?jika ada maka biarlah mereka menaiki tangga ke langit’ Surah sad ayat 10
5-MEREKA MENAWARKAN PENANGGUNGAN DOSA OLEH GURU-GURU MEREKA.
FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:
‘ katakanlah wahai Muhammad,”apakah patut aku mencari tuhan selain allah padahal dialah tuhan bagi segala sesuatu, setiap perbuatan dosa seseorang, dirinya sendiri yang bertanggungjawab .dan seseorang tidak akan memikul beban dosa orang lain,kemudian kepada tuhanmulah kamu kembali,dan akan diberitahukanya kepadamu apa yang dahulu kamu perselisuhkan".surah al a'am ayat 164
6-MEREKA MENAFIKAN KEWAJIBAN SOLAT JUMAAT
SABDA NABI YANG BERMAKSUD:
DARIPADA THORIQ BIN SYIHAB RA,BAHAWASANYA RASULULLAH SAW BERSABDA: SOLAT JUMAAT ITU DIWAJIBKAN BERJAMAH KEPADA SETIAP MUSLIM MELAINKAN KEPADA 4 GOLONGAN 1-HAMBA YANG DIMILIKI 2-PEREMPUAN 3-KANAK-KANAK 4-SAKIT RIWAYAT ABU DAUD
7-pengaruh ajaran sesat sememangnya kuat da mampu untuk memesongkan akidah umat islam…..hatta rasulullah saw pun hamper disesatkan olae mereka…. Maka disinilah kepentingan doa.
Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah kami wahyukan kepada kamu agar kamu melakukan yang lain secara bohong terhadap kami dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu menjadi sahabat yang setia
Dan kalau kami tidak memperkuatkan hatimu nescaya kamu hamper-hampir terpengaruh dengan mereka.surah al israk ayat 73,74
Nabi saw berdoa: ‘daripada ummul mukminin ummi salamah ra.
Hadith riwayat abu daud dan at tirmizi
Dengan nama allah aku berserah kepadanya,ya allah aku berlindung dengan engkau daripada tersesat atau disesatkan,dari terpesong atau dipesongkan, atau dari terzalim atau dizalimi ,atau jahil atau dijahilkan
8-mereka mendakwa bahtera penyelamat pada hari kiamat,tiada apa yang kekal melainkan mereka yang tidak akan dihancurkan oleh allah swt
Firman allah yan bermaksud:
Dan tiuplah sangkakala maka matilah sesiapa yang dilangit dan dibumi kecuali sesiapa yang dikehendaki allah. Surah az zumar ayat 68
Daripada anas bin malik,Sabda nabi saw bersabda :
Jibril mikail malakulmaut wahamalatilarsh
Dan malaikat mengawal penjuru-penjurunya dan mereka memikul arash tuhanmu pada sangat itu oleh lapan malaikat surah al haqqah ayat 17
9-Mereka mendakwa guru mereka tinggi kedudukan di sisi Allah dengan mengasingkan diri sepanjang hari.
Sabda nabi saw;
tidak dikira anak yatim yang sudah mencapai baligh dan tiada amalan mendiamkan atau mengasingkan diri sepanjang hari.hadis riwayat abu daud.
berkata imam nawawi di dalam al azkar ..."amalan itu adalah perbuatan jahiliyah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan