Selasa, 25 Oktober 2011

kembara umrah ustaz abdullah bin hashim 2011























koleksi gambar program infaq beras

























KEBAJIKAN SEPANJANG HAYAT


USTAZ ABDULLAH BIN HASHIM MENGHARAPKAN SUMBANGAN DARIPADA MUSLIMIN MUSLIMIN UNTUK MENGHULURKAN SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INFAQ BERAS KEPADA FUQARA WAL MASAKIN.SEMOGA PERKONGSIAN INI DAPAT MERINGANKAN BEBANAN MEREKA.MUDAH MUDAHAN MUSLIMIN MUSLIMAT SENTIASA DIRAHMATI ALLAH.

JUALAN LOT WAKAF TANAH

UNTUK MAKLUMAN MUSLIMIN MUSLIMAT,USTAZ ABDULLAH BIN HASHIM SEDANG BERUSAHA UNTUK MENGUMPULKAN DANA BERJUMLAH RM168 RIBU BAGI TUJUAN PEMBELIAN TANAH BAGI MEMBINA MAHAAD TAHFIZ AL QURAN NURUL EHSAN
( MIZAN).SEBARANG PEMBELIAN BOLEH DI BANK IN KE AKAUN BANK ISLAM 09 010 020 206044 ATAU MENGHUBUNGI USTAZ DI TALIAN 0174114984.SEKAKI LOT WAKAF DIJUAL RM30.00.SEMOGA KERJA BAIK INI BERJALAN LANCAR DAN DIRAHMATI ALLAH.

Selasa, 5 Oktober 2010

program qurban sempena eidul adha 2011

muslimin muslimat di seru untuk bersama ustaz abdullah bin hashim bagi menjayakan program korban pada tahun ini dan aqiqah setiap masa...setompok rm 390.00 dan seekor kambing rm800.00... insyallah yang berminat sila hubungi saya di talian 0174114984 atau bank in ke akaun bank islam 09 010 020 206044 setelah itu maklumkan kepada saya.semoga kerja amal ini dirahmati allah.untuk makluman tuan/puan ibadah qurban yang di sertai oleh tuan/puan akan dilaksanakan di 4 buah negeri iaitu perlis,kedah,perak dan sabah.agihanya 100% faqir dan miskin. semoga mereka gembira dengan agihan tersebut.saya ucapkan jazakumullah di atas penyertaan tuan puan dan saya doakan semoga Allah merahmati tuan/puan sekeluarga.

Sabtu, 26 Jun 2010

KALIMAH ALLAH

Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik menggunapakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka. Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, kedudukan masyarakat Kristian adalah dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan Allah adalah sangat mulia di sisi umat Islam.Apa yang menghairankan ialah, sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut ‘tuhan’ dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan “Allah” dari kitab suci mereka (Al-Quran). Perkataan “Allah” ini tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahasa masing-masing, kerana perkataan Allah tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al-Quran.Persoalannya ialah, adakah ianya boleh dibenarkan begitu sahaja di atas konsep kebebasan beragama? Hakikatnya, kebebasan secara saksama seharusnya mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah sehingga boleh mencetuskan perkara yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Jangan sampai kita ‘terbabas’ dalam mencari kebebasan. Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.Apa yang perlu difahami ialah, adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain itu adalah mengikut makna perkataan “Allah” yang tepat, dengan maksudnya yang sebenar dari segi bahasa Arab? Atau adakah mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan itu dengan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya, sehingga ianya boleh menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini? Suatu hakikat yang perlu difahami dengan terang dan nyata ialah, bahawa umat Islam di serata dunia yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bercakap berbagai bahasa pula, sedang menggunakan perkataan “Allah” mengikut maksudnya yang sebenar inilah.Perkataan Allah disebut oleh orang Arab atau pengguna bahasa Arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut Yahudi, Kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala. Al-Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agama itu menyebut dan menulis perkataan Allah. Firman Allah bermaksud:Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya), sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. (Surah al-Ankabut: 61)Firman Allah bermaksud:Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah al-Ankabut: 63)Firman Allah bermaksud:Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah Luqman: 25)Firman Allah bermaksud:Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Surah az-Zumar: 38)Firman Allah bermaksud: Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". (Surah az-Zukhruf: 9)Firman Allah bermaksud:Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? (Surah az-Zukhruf: 87)Ayat-ayat tersebut di atas mendedahkan bahawa orang-orang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan yang bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (adanya Tuhan Pencipta Alam) dan ianya hanya sekadar itu. Namun kepercayaan mereka sebegini tidak menepati hakikat dari makna perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, iaitu supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.Hari ini kita melihat mukjizat Al-Quran, apabila mereka memaksa diri untuk menggunakan perkataan Allah, pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti God dan Lord; dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka ianya adalah tidak tepat dengan maksudnya.Umat Islam tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah ini untuk mengikut ajaran dan takrifan bahasa umat Islam, walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara. Kalangan penganut Kristian dengan kepercayaan Trinity dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Suci itu. Agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.Mengikut ajaran Islam, perkataan Allah ialah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang Maha Esa (Al-Asma Al-Husna). Imam Al-Baihaqi menulis dalam kitabnya (Al-Asma wa Sifat). “Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu bagiNya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja). Allah mengikut bahasa Arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadaNya. Perkataan Allah itu daripada perkataan aL-Ilah dengan menambah al kepada perkataan asal Ilah yang bermakna Tuhan secara umum. Apabila diletakkan alif dan lam (al) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf, maka disebut Allah. Penambahan al dalam bahasa Arab bertujuan makrifah (yang dikenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu "berbilang tuhan”. Al-Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW. Penjelasan inilah yang dinamakan sebagai ‘menyampaikan dakwah’, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Tanpa melarang mereka dari menyebut perkataan Allah, tetapi kita memberi penjelasan berdasarkan ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat. Apabila Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab, dan disebut dalam surat perutusan itu firman Allah yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah yang bermaksud:Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (Surah Ali Imran: 64)Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan ahli kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran tauhid, iaitu mengesakan Allah tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (pendita) dan pemimpin-pemimpin (arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah. Mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada rasul mereka sendiri, atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama sehingga boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam.Imam Ali K.W, menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar dengan tujuan yang salah, dengan apa nama sekalipun:(Kalimahnya benar tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah). Kalimah Allah adalah paling benar, tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan di tengah masyarakat umat Islam, maka ianya sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Keadaan ini akan menyebabkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO), fahaman politik dan individu, bersatu untuk mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah Allah. Suasana sebegini boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita. Al-Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah.Firman Allah yang bermaksud:Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-An'am: 108)Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebebasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama.Wallahua’alam

Selasa, 13 April 2010

PELIHARA AURAT

FIRMAN ALLAH SWT :

“Dan katakanlah kepada orang-orang yang beriman lelaki supaya mereka merendahkan pemandanganya (menjaga pandangan dari segala yang tidak halal dilihat dan menutupi auratnya)dan menjaga kehormatannya (menjaga kemaluanya dengan menghindari perbuatan zina). surah an nur ayat 30

SABDA NABI SAW : jagalah / peliharalah kemaluanya kecuali terhadap isrerimu,atau budak perempuan yang kamu miliki (hamba) sahabat bertanya kepada nabi saw…bagaimanakah jika aurat seseorang lelaki itu dilihat oleh lelaki lain?

jawab nabi saw…jika kamu dapat mencegah lelaki itu jangan sampai melihat aurat mu maka usahakanlah yang demikian itu.(Hadis riwayat abu daud,ibn majah dan tirmizi)


HARAM MELIHAT AURAT BAHAGIAN SULIT

SABDA NABI SAW

“Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan janganlah perempuan melihat aurat perempuan yang lain”(hadis riwayat Ahmad)

SABDA NABI SAW

Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan yang lain,lelaki tidak boleh berselimut bersama lelaki dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perempuan dalam satu selimut tanpa pakaian.(hadis riwayat bukhari)


FIRMAN ALLAH SWT:

Dan katakanlah kepada orang-orang yang beriman perempuan supaya mereka merendahkan pandanganya dan menjaga kehormatanya,dan janganlah memperlihatkan perhiasanya kecuali apa yang zahir daripadanya (seperti muka,tangan dan perhiasan dikawasan itu dan apa jua di atas pakaianya ).dan hendaklah mereka tutup tudung mereka ke dadanya (imam ibn hayyan di dalam tafsirnya bahrul muhith dan imam ibn hatim di dalam tafsir al alusi di haramkan wanita jika bertudung mendedahkan leher dadanya) ,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasanya(ibn abbas ra berkata tidak boleh menanggalkan tudung dan perhiasan disekitarnya) kecuali…………..
1-suaminya 2-ayahnya 3-ayah mertuanya 4-anaknya 5-anak suaminya

6-saudaranya 7-anak saudara lelaki 8-anak saudara perempuan

9-perempuan muslimah 10-hamba sahayanya (said bin musayyab berkata hamba sahaya perempuan sahaja / orang gaji perempuan sahaja)
11-orang-orang tua lelaki yang tiada berhajat kepada shahwah
12-kanak-kanak yang belum

Berkeinginan kepada perempuan,dan janganlah mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasanya yang tersembunyi (gelang kaki),bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman , mudah – mudahan kamu mendapat kemenangan”. (Surah an nur ayat 31)


MENUTUP AURAT DIPELIHARA ALLAH

FIRMAN ALLAH SWT :

Wahai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita mukmin :”hendaklah mereka melabyhkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka,yang demikian itu adalah lebih baik.supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyanyang.(surah al ahzab ayat 59)

Sabda nabi saw “ Sesungguhnya wanita itu adalah aurat,setiap kali mereka keluar syaitan akan memerhatikanya” (hadis riwayat al bazzar,at tirmudzi).

BERKATA SHEIKH ALI AS SHABUNI DI DALAM
KITAB TAFSIR AYATUL AHKAM

“Wanita zaman jahiliyah modenmemakai tudung dengan memperlihatkan leher dan dadanya dan lengan yang terbuka,dan pakaian yang jarang dan ketat dengan tujuan untuk menampakkan kecantikan tubuh mereka dan gaya rambut mereka kepada lelaki yang bukan mahram,jika siwanita jahiliyah moden yang memakai tudung banyak yang melabuhkan dibahagian b elakan tidak dibahagian depan.maka wanita mukmin diwajibkan menutup aurat sebagaimana yang diperintah allah bukan seperti kehendak nafsu”.

WAJIB TUTUP AURAT KETIKA SUDAH AKIL BALIGH

SABDA NABI SAW
Saidatina aisyah meriwayatkan bahawa saudara perempuanya asma’ bt abu bakar
Masuk ke dalam rumah nabi saw memakai pakaian yang nipis dan jarang sehinggakan menampakkan bentuk tubuhnya.Nabi saw lalu memalingkan muka baginda daripada asma’ dan berkata: “Wahai asma sesungguhnya apabila seseorang wanita telah mencapai umur baligh,dia tidak boleh mendedahkan badanya kecuali ini dan ini sambil menunjukan muka dan kedua tapak tangan (kedua-dua tanganya) (Hadith riwayat abu daud).


NASIHAT NABI SAW KEPADA REMAJA

Sabda nabi tidakkah kamu tahu bahawa paha itu adalah aurat? Lalu rasulullah berkata kepada ali ra dan janganlah kamu menampakkan pahamu dan janganlah memandang paha orang yang hidup maupun orang yang sudah mati.riwayat abu daud dan at turmudzi.
Berkata imam fakhrul razi di dalam tafsir Ar razi paha bermula dari lutut ke atas hingga ke pusat.

AZAB BUAT MEREKA YANG MENDEDAHKAN AURAT

SABDA NABI SAW :

2 golongan penghunu neraka yang tidak aku nampak:

1- mereka yang melepaskan tali cemeti ekor kerbau dan mereka memukul manusia lain(pemerintah yang zalim)
2- perempuan yang berpakaian tetapi telanjang,yang condong kepada kejahatan dan menarik orang lain condong kepadanya,kepala mereka akan jadi seperti bonggol unta..bukhtun..yang condong kepada suatu arah
mereka tidak akan masuk syurga dan mereka tidak akan cium bau syurga sedangkan bau syurga itu boleh dihidu daripada jarak-jarak yang tertentu.
(Hadis Riwayat muslim)

HARAM DEDAHKAN AURAT TERUTAMANYA BAHAGIAN SULIT.

SABDA NABI SAW

Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaian yang wajib ditutup ketika diluar atau didalam rumah) melainkan ketika itu bersamanya (12 orang) dan jika ada selain mereka itu maha(haram)dibuka.kecuali dia merempuh tabir atau sempadan yang digariskan diantaranya dan tuhanya.(Riwayat ahmad)

HUKUM MEMAKAI WANG-WANGIAN

SABDA NABI SAW :

Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangianya maka ia adalah seperti wanita penzina dan setiap mata lelaki yang tertarik lalu memandangnya adalah mata yang bernzina.(hadis Riwayat daud,tirmizi dan ahmad)

HUKUM MENGELUARKAN SUARA MIANG

FIRMAN ALLAH SWT :

MAKA JANGANLAH KAMU WAHAI WANITA MERENDAHKAN (MELEMBUTKAN) SUARAMU DIBIMBANGI ORANG YANG BERPENYAKIT DIHATINYA BERINGINAN JAHAT KEPADAMU MAKA BERCAKAPLAH HANYA DENGAN KATA-KATA YANG BAIK.
(surah al ahzab ayat 32)

PERINGATAN:

1-HUKUM AURAT TERHADAP BUKAN ISLAM ADALAH SEPERTI AURAT SESAMA MUSLIM

2-HUKUM WANITA BERPAKAIAN LELAKI / LELAKI BERPAKAIAN WANITA

SABDA NABI SAW: MENGUTUK LELAKI BERPAKAIAN PEREMPUAN DAN PEREMPUAN BERPAKAIAN LELAKI (RIWAYAT ABU DAUD DAN AN NASAIE)

HUKUM WANITA BERPAKAIAN LELAKI / LELAKI BERPAKAIAN WANITA

NABI SAW BERSABDA: “ALLAH MELAKNAT (MENGUTUK) LELAKI YANG BERPERANGAI WANITA DAN WANITA BERPERANGAI LELAKI (RIWAYAT BUKHARI)